Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Thursday, 4 April 2013

ORANG AGAMA VS ORANG BERAGAMA

"Orang agama" atau ustaz, dilihat sebagai orang yang mampu membimbing manusia kejalan yang benar. Persoalannya adakah mereka orang agama yg beragama? Bukan niat dihati ingin menjatuhkan maruah ustaz dan ustazah, tapi terkilan apabila melihat segolongan manusia yang diberi kepercayaan untuk membimbing, mengambil kesempatan atas kepercayaan tersebut.

Lantas, siapa lag...i yg boleh dipercayai apabila golongan "orang agama" sendiri sudah menunjukkan teladan yang tidak baik?? Kadang-kadang, hati ini dilanda runsing, kepercayaan yang sebenarnya adalah amanah Allah tetapi telah disalahgunakan untuk kepentingan diri dan ada juga "orang agama" yang layak digelar "syaitan bisu"(menyembunyikan perkara yg sebenar) sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w

Sekali lagi hati ini disentap apabila melihat beberapa orang rakan yang belajar dalam jurusan agama, tetapi berseluar pendek seperti seorang peninju. Hilang thiqah (kepercayaan) mereka yang bakal bergelar "orang agama".

"Alah,member-member je...laki semua , bukan perempuan ada"
Adakah alasan ini mampu diterima oleh akal yang mengatakan mereka bakal menjadi "orang agama"?

Usaha membaiki diri, bukanlah satu suratan (destiny) tetapi ia adalah satu kembara (journey) yang berterusan. Golongan seperti ini, haruslah berubah, memperbaiki diri adalah satu nafas perjuangan yang panjang.

"Aku tau,kau je yang baik..yang berseluar pendek macam aku ni, tak baik.." keluh seorang teman..
Perlakuan kita sebenarnya melambangkan hati kita..

Sabda Rasulullah s.a.w "Dalam badan kita,ada seketul daging..jika baik daging itu,maka baiklah seluruhnya, jika buruk daging itu,maka buruklah seluruhnya"
Pepatah inggeris menyatakan..

“It’s not how good you are, it’s how good you want to be.” - soalnya bukan sejauh mana kebaikan awak, tapi sejauh mana keinginan awak untuk menjadi baik!

Bagaimana pula dengan orang yg beragama? Orang beragama adalah mereka yg sentiasa mengambil berat tentang sesuatu kerana ia melibatkan "Hablu minnAllah" dan juga "Hablu minnanas"...

Tidak salah untuk kita bergelar seorang doktor, arkitek, lawyer, ahli perniagaan, dan apa jua jawatan professional sekalipun, tapi jadilah "mukmin professional yang beragama"..itu lebih baik dari menjadi "orang agama" pada zahirnya ,namun batinnya "tidak".

Jadi,yang manakah pilihan anda? Adakah anda mahu menjadi "orang agama" yang beragama atau orang biasa yg beragama?

Jadilah apa sahaja hendaknya, tapi jgn lupa yg kita adalah manusia yg "beragama"...

“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)…”(Surah Aali ‘Imran 3: 110)

Nah!! Inilah bukti bahawa kita adalah sebaik2 umat. Tidak timbul soal "saya bukan pelajar aliran agama dullu".."saya bukan sekolah agama"..

Ubahlah sikap anda. Kerap kali sikap kita yang sebenarnya menjatuhkan kita sendiri.

"If you fail to plan,you plan to fail."

Jadilah seorang muslim yg beragama. Muslim sejati yg membuat sesuatu pekerjaan kerana Allah dan mengharapkan redhaNya.

Sesungguhnya,kita adalah sebaik-baik umat...Jadilah orang Islam yang beragama..insya-Allah,hidup akn diberkati dan diredhai..

Imam Ghazali pernah bekata: Sekiranya kita hendak tahu kedudukan kita disisi Allah,lihatlah kedudukan Allah disisi kita..

WALLAHU'LAM..

Sunday, 24 February 2013

Ikhwan Permata Agama..

“ Seorang ikhwan yang baik akan menawarkan dirinya secara baik-baik juga. Tidak akan melakukan hal-hal yang sekiranya dapat melukai hati seorang akhwat dan mendatangkan murka ALLAH. Bukan dengan cara-cara yang tercela dan dilarang oleh syariat Islam yang mulia. Kerana ikhwan baik-baik, tahu bagaimana harus memperlakukan seorang akhwat.

Dan ikhwan yang baik-baik akan sangat berhati-hati dalam membawa hati serta memikat hati, kerana ketakutannya dengan murka ALLAH. Dan ALLAH memuji orang-orang yang takut di dalam kitab-Nya dan menyanjung mereka.

Sesungguhnya ikhwan baik-baik yang menjaga Allah dalam setiap hembusan nafasnya, akan memiliki tiga elemen iaitu Mahabbah (Cinta), Khauf (Takut) dan Roja’ (Harap) didalam hatinya.

Mereka tidak mengedepankan hawa nafsu dan syaitan. Mereka memiliki visi dan misi untuk selalu memperoleh redha Allah Ta’ala, dengan mencari kebenaran yang tak henti-hentinya dan sentiasa ada taubat di setiap hembusan nafasnya.

Dia (mungkin) tidak pernah mengikuti sekolah pondok atau maahad, tapi memiliki keinginan untuk sentiasa bertaubat dan memperbaiki diri dengan menundukkan akalnya kepada Kitabullah dan Sunnah Rasulullah.

Muslimah..

Jika engkau menginginkan ikhwan baik-baik untuk "mengkhitbahmu", kamu harus tanya diri kamu, “ Apakah diri ini sudah menjadi akhwat baik-baik?

Tuesday, 19 February 2013

4 Lelaki Ditarik Wanita !!!

Pertama:- Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- Suaminya
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri......walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ....tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:- Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.......nantikan tarikan ibunya. Maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap firman ALLAH S.W.T.:-

"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA, DIMANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA DAN BATU-BATU....."

Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda...kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri......jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas..

Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik....oleh mana-mana pihak ?????

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T. Nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA... semua kaum muslim masuk syurga.....janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.

Sunday, 17 February 2013

Fitrah Kehidupan

Kehidupan berlangsung tanpa disedari dari detik ke detik..

Apakah anda tidak menyedari bahawa hari-hari yang anda lalui semakin mendekatkan anda kepada kematian sebagaimana juga yang berlaku bagi orang lain???

Seperti yang tercantum dalam ayat :

“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.”
(QS. 29:57)

Tiap orang yang pernah hidup di muka bumi ini ditakdirkan untuk mati. Tanpa terkecuali, mereka semua akan mati, tiap orang. Saat ini, kita tidak pernah menemukan jejak orang-orang yang telah meninggal dunia. Mereka yang saat ini masih hidup dan mereka yang akan hidup juga akan menghadapi kematian pada hari yang telah ditentukan. Walaupun demikian, masyarakat pada umumnya cenderung melihat kematian sebagai suatu peristiwa yang terjadi secara kebetulan saja. Dan seolah-olah tidak akan pernah berlaku pada diri sendiri.

Cuba renungkan seorang bayi yang baru saja membuka matanya di dunia ini dengan seseorang yang sedang mengalami sakaratul maut. Keduanya sama sekali tidak berkuasa terhadap kelahiran dan kematian mereka. Hanya Allah yang memiliki kuasa untuk memberikan nafas bagi kehidupan atau untuk mengambilnya semula.

Semua makhluk hidup akan hidup sampai suatu hari yang telah ditentukan dan kemudian mati; Allah menjelaskan dalam Quran tentang perilaku manusia pada umumnya terhadap kematian dalam ayat berikut ini:

Katakanlah:

“Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.”

(QS. 62:8)


Kebanyakan orang menghindari untuk berfikir tentang kematian. Dalam kehidupan moden ini, seseorang biasanya menyibukkan dirinya dengan hal-hal yang sangat bertolak belakang dengan kematian. Mereka berfikir tentang di mana mereka akan belajar, di syarikat mana mereka akan bekerja, baju apa yang akan mereka akan pakai esok pagi, apa yang akan dimasak untuk makan malam nanti, hal-hal ini merupakan persoalan-persoalan penting yang sering bermain dalam fikiran kita bukan?. Kehidupan diertikan sebagai sebuah proses kebiasaan yang dilakukan sehari-hari. Percakapan tentang kematian sering dicela oleh mereka yang merasa tidak senang mendengarnya.

Mereka menganggap bahawa kematian hanya akan terjadi ketika seseorang telah lanjut usia, seseorang tidak ingin memikirkan tentang kematian dirinya yang tidak menyenangkannya ini. Walaupun begitu ingatlah selalu, tidak ada yang menjamin bahawa seseorang akan hidup dalam satu jam berikutnya. Setiap hari, orang-orang menyaksikan kematian orang lain di sekitarnya tetapi tidak memikirkan tentang hari ketika orang lain menyaksikan kematian dirinya. Ia tidak mengira bahawa kematian itu sedang menunggunya!

Ketika kematian dialami oleh seorang manusia, semua “kenyataan” dalam hidup tiba-tiba lenyap. Tidak ada lagi kenangan akan “hari-hari indah” di dunia ini. Renungkanlah segala sesuatu yang anda dapat lakukan saat ini: anda dapat mengedipkan mata anda, menggerakkan badan anda, berbicara, ketawa; semua ini merupakan fungsi tubuh anda. Sekarang renungkan bagaimana keadaan dan bentuk tubuh anda setelah anda mati nanti.

Dimulai saat anda menghembuskan nafas untuk yang terakhir kalinya, anda tidak ada apa-apanya lagi selain “segumpal daging”. Tubuh anda yang bisu dan terbujur kaku, akan dibawa ke bilik mayat. Di sana, anda akan dimandikan untuk yang terakhir kalinya. Dengan dibungkus kain kafan, jenazah anda akan di bawa ke kuburan dalam sebuah keranda. Sesudah jenazah anda dimasukkan ke dalam liang lahat, maka tanah akan menutupi anda. Ini adalah kesudahan cerita anda.

Mulai saat ini, anda hanyalah seseorang yang namanya terukir pada batu nisan di kuburan...

Saturday, 16 February 2013

22 Tanda Kiamat Semakin Hampir

Berikut adalah tanda-tanda hari kiamat kian hampir...

Gambar Iklan Di Sebuah Saloon
1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.


6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

Gay Semakin Menjadi-jadi
10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi. 

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.


15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.
Al-Quran Tersusun Rapi Di Dalam Alamari
18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta

Sunday, 27 January 2013

Syoknyaaa Mengumpat !!!


Mengumpat atau ghibah ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.

Rasullah SAW bersabda : "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya". (Riwayat Muslim)

Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya. Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ianya disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.

Bagaimana dosa si pelaku dapat diampunkan?

Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpat itu. Selagi orang yang diumpatkan tidak mengampunkannya, maka dosa itu akan kekal dan dan si pelaku menerima pembalasannya di akhirat.

Rasulullah SAW juga melarang keras mengumpat orang yang sudah bertaubat kerana ini menyebabkan kita membuka keaiban lamanya. Hal ini pasti akan memalukannya sekeluarga. Oleh itu ingatlah wahai si pengumpat! Semua dosa orang yang diumpat itu akan berpindah kepada anda

Dari Muawiyah bin Abi Sufian, Rasulullah SAW bersabda: “Jika kamu mencari keburukan orang, maka kamu telah merosakkannya”. (Riwayat Abu Daud)


Dari Said bin Zaid r.a. Nabi SAW bersabda : “Sesungguhnya riba yang paling besar ialah memperdengarkan (membicarakan sehingga didengar orang) tentang peribadi seorang muslim yang bukan haknya (mengumpat)”. (Riwayat Abu Daud)


TIP ELAK MENGUMPAT

Para ulama sufi terdahulu apabila terasa ingin mengumpat, akan menampar mulutnya sendiri.
Para ulama sufi berkata, terdapat 2 cara untuk melawan perasaan untuk berbuat jahat.

1.      Apabila terasa hendak buat jahat, hati cepat-cepat berkata ‘STOP IT’.

2.      TAHQIQ iaitu menyakitkan anggota badan untuk memberi peringatan pada diri supaya tidak melakukan kemungkaran.

Seorang ulama tasauf, terasa ingin membuat kejahatan lalu dia membuka bajunya dan berguling di atas padang pasir yang panas lagi kontang. Ini menunjukkan bahawa betapa para ulama dahulu memelihara diri mereka dari melakukan kemungkaran kepada Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda: "Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat". (Riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)
  

Apakah kesan dari mengumpat?

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua. Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukannya pula.

Sabda Rasulullah SAW : "Wahai orang yang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri." (Riwayat Abu Daud)

Rasulullah SAW bersabda : "Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering". (Riwayat                   )

Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, Rasulullah SAW bersabda : “ Di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab : "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti. Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan yang menghapuskan pahala.

Lihatlah betapa besarnya dosa orang yang mengumpat. Ringan di mulut namun berat timbangannya di akhirat. Yakni ringan sahaja untuk kita mengumpat, tetapi dosa itu teramat berat dan besar di sisi Allah. Perkara ini terlalu biasa bagi kita sehingga tidak sedar akan dosa-dosa dari perbuatan mengumpat.


Jenis umpatan yang diharamkan
1.      Mengumpat bentuk fizikal seseorang.
Contoh : Mengatakan seseorang itu gemuk, pendek dan sebagainya.

2.      Mengumpat keturunan seseorang.
Contoh : Mengatakan seseorang itu berasal dari keluarga pencuri, kaki judi dan sebagainya.

3.      Mengumpat orang yang telah meninggal dunia.
Contoh : Bercerita tentang perihal keburukan si mati semasa hayatnya.

4.      Mengumpat perwatakan seseorang.
Contoh : Mengejek cara seseorang berjalan, bercakap dan sebagainya.

5.      Mengumpat tentang sesuatu benda yang dilakukan oleh seseorang.
Contoh : Mencanangkan apa yang dilakukan oleh seseorang itu di mana dia tidak sukai.

Mengumpat yang dibolehkan

Hukum asal (mengumpat) memperkatakan keburukan orang lain adalah haram. Namun dikecualikan bagi 6 situasi berikut mengikut yang dijelaskan oleh para ulamak (antara Imam an-Nawawi dalam kitabnya Syarah Sohih Muslim dan Riyadhus Salihin) :

1.      Apabila diri dizalimi. Harus bagi orang yang dizalimi membuat pengaduan kepada pemerintah, qadhi atau pihak berkuasa lainnya dengan menceritakan keburukan atau kezaliman orang yang menzaliminya.

2.      Memohon bantuan untuk mengubah suatu kemungkaran dan mengembalikan pelaku maksiat kepada kebenaran. Seperti seorang melaporkan kapada pihak yang berkuasa mengubah kemungkaran; "Si Fulan telah melakukan perbuatan sekian sekian, tegahlah ia".

3.      Bertujuan mendapatkan fatwa (pandangan agama). Seperti Hindun yang mengadu kepada Nabi sikap kedekut suaminya. Ia berkata kepada Nabi; "Ya Rasulullah, suamiku Abu Sufyan seorang yang kedekut, bolehkah aku mengambil wangnya tanpa diketahuinya?".

4.      Memberi peringatan kepada kaum muslimin agar berjaga-jaga dari suatu kejahatan. Seperti mendedahkan kepalsuan seorang yang pura-pura alim atau pembawa ajaran sesat supaya orang ramai mengetahui hakikat dirinya yang sebenar. Begitu juga, mendedahkan penyelewengan seorang pemimpin dalam mentadbir rakyat kepada orang yang berkuasa melantiknya agar mereka tidak tertipu untuk terus memberi kuasa kepadanya.

5.      Seorang yang berterang-terangan melakukan dosa atau kesesatan seperti berterang-terang minum arak, berterang-terang menganut fahaman sesat atau seumpamanya. Orang sebegini harus disebut tentang dirinya dengan maksiat yang dilakukannya secara terang itu. Adapun maksiat yang dilakukannya secara tersembunyi, tidak harus disebut kecuali ada suatu sebab yang lain.

6.      Untuk memperkenalkan seseorang. Harus menyebut seseorang dengan suatu gelaran jika ia masyhur dikenali dengan gelaran itu. Haram menyebut suatu gelaran dengan tujuan merendahkan martabat orang lain.

Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha
mengelakkan diri daripada melakukannya.

Oleh itu perbanyakkanlah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada suka mengumpat. Sentiasalah bersangka baik  dengan orang lain dan ingatlah jika kita suka mengumpat, orang lain juga pasti akan suka mengumpat diri kita. Orang yang suka mengumpat hidupnya sentiasa dilanda stres kerana suka mencari keburukan dan kelemahan orang lain. Tambahan pula wajah si pengumpat tidak awet muda kerana kehidupan tidak tenang kerana naluri yang penuh dengan prasangka.