Showing posts with label TIPS. Show all posts
Showing posts with label TIPS. Show all posts

Sunday, 24 February 2013

Ikhwan Permata Agama..

“ Seorang ikhwan yang baik akan menawarkan dirinya secara baik-baik juga. Tidak akan melakukan hal-hal yang sekiranya dapat melukai hati seorang akhwat dan mendatangkan murka ALLAH. Bukan dengan cara-cara yang tercela dan dilarang oleh syariat Islam yang mulia. Kerana ikhwan baik-baik, tahu bagaimana harus memperlakukan seorang akhwat.

Dan ikhwan yang baik-baik akan sangat berhati-hati dalam membawa hati serta memikat hati, kerana ketakutannya dengan murka ALLAH. Dan ALLAH memuji orang-orang yang takut di dalam kitab-Nya dan menyanjung mereka.

Sesungguhnya ikhwan baik-baik yang menjaga Allah dalam setiap hembusan nafasnya, akan memiliki tiga elemen iaitu Mahabbah (Cinta), Khauf (Takut) dan Roja’ (Harap) didalam hatinya.

Mereka tidak mengedepankan hawa nafsu dan syaitan. Mereka memiliki visi dan misi untuk selalu memperoleh redha Allah Ta’ala, dengan mencari kebenaran yang tak henti-hentinya dan sentiasa ada taubat di setiap hembusan nafasnya.

Dia (mungkin) tidak pernah mengikuti sekolah pondok atau maahad, tapi memiliki keinginan untuk sentiasa bertaubat dan memperbaiki diri dengan menundukkan akalnya kepada Kitabullah dan Sunnah Rasulullah.

Muslimah..

Jika engkau menginginkan ikhwan baik-baik untuk "mengkhitbahmu", kamu harus tanya diri kamu, “ Apakah diri ini sudah menjadi akhwat baik-baik?

Monday, 18 February 2013

Azimat Sang Ayah Kepada Puterinya Yg Bakal Berkahwin..

Nasihat seorang ayah buat anak gadisnya yang bakal bergelar isteri..

Wahai anakku,
Dua perkara ini anakku..jika engkau pegang dan tanam dalam kehidupanmu dan dirimu,
InsyAllah akan dikau menemui keharmonian dan keamanan dalam pelayaran rumah tangga.

Itulah antara "Sabar" dan "Tolak Ansur".

Andai engkau berjaya menanamkannya ke dalam sikapmu, maka kukuhkanlah ia sehingga ke akhir hayatm.

Sekiranya dirimu belum lagi mencapainya, maka persiapkanlah diri sebaik-baik dan sebenar-benarnya dengan memperhebatkan dahulu dirimu dengan dua perkara tersebut.

Dengan sabar dan tolak ansur, kamu bakal membawa hati dan kehidupan suamimu dalam beroleh kebahagiaan menjadi seorang pemimpin yang cemerlang dalam rumah tangga. Janganlah dikau menurut emosi dan penilaianmu kecuali dengan mengingati dua perkara tersebut.

Sabar dan tolak ansur daripada hati yang ikhlas dan tiada menyimpan dengan apa jua perasaan daripada pengaruh dan persekitarannya.
Walau kamu di pihak benar, maka tetaplah bersabar dan bertolak ansur.

Percayalah anakku, bila masalah datang menguji suatu ketika nanti antara dirimu dan suamimu, kamu telah bijak untuk mengaturnya dengan perkara tersebut. Maka suamimu itu akan berfikir dan merenung kembali atas kesilapan yang dilakukannya.

SABAR + TOLAK ANSUR = AMAN ---> lahir daripada; KEIKHLASAN & penerimaan hati atas ketentuan (SYUKUR & REDHA)

Monday, 28 January 2013

Cara Mengekalkan AZAM baru..


Assalamualaikum w.b.t..
Moga sahabat semua sentiasa berada dalam pemeliharaan Allah dan diberi kesihatan yang baik.. Aaminn.. 

Setiap orang mempunyai azam baru bukan?. Namun, tidak ramai yang mampu mengekalkan keazaman mereka.. Betul tak?

So kali Ini saya nak berkongsi sedikit tips dari Prof Muhaya..

Bagaimana untuk mengekalkan azam yang kita tetapkan?

Seseorang yang tidak kekal dalam azamnya adalah kerana dia kehilangan fokus.
Contohnya: Seorang pemamain bolasepak mesti tahu di mana gol yang mesti dia jaringkan, itulah fokus utama. Jadi, jika ingin mencapai matlamat, seseorang itu harus mempunyai fokus kepada matlamat yang diinginkan. Fokus dalam kehidupan boleh dicipta melalui skrip kehidupan. 

Tulislah skrip untuk azam baru dari segi kesihatan, minda, hubungan dengan Allah s.w.t , hubungan dengan sesama manusia, wang. Kemudian letakkan di tempat yang mudah dilihat. Ianya membantu seseorang itu sentiasa fokus melalui proses ulangan sehingga mampu mengingatinya. Ingatan kepada skrip kehidupan yang telah kita tulis itu membantu menguatkan fokus dan menguatkan keazaman dengan penuh rasa emosi. 

Apabila seseorang itu fokus dengan penuh emosi maka ianya menjadi satu doa dan harapan kita sebagai hamba yang percaya kepada ketentuan Allah, maka apa yang diinginkan akan tercapai dengan izin Allah.
 
Saya ingin menukar gaya hidup negatif ke arah positif tetapi suami saya memberi pelbagai alasan. Bagaimana untuk saya mengatasi masalah ini?

Seseorang yang banyak memberi alasan adalah orang yang gagal mengatasi rasa ego.
Contoh: Kenapa awak tidak pandai belajar? Alasan yang diberikan adalah cikgu tidak pandai mengajar. Jika sesuatu negatif berlaku,kita meletakkan faktor luaran sebagai sebab yang kita tidak boleh mengubahnya. Harus diingat, orang lain tidak boleh mengubah diri kita, yang boleh mengubah diri kita adalah diri kita sendiri. 

Apabila kita mengubah diri kita nescaya ia akan merubah luaran kita. Perubahan kepada diri adalah contoh terbesar kepada apa yang ada di sekitar (luaran) kita. Maka ubahlah diri kita dahulu dan berdoalah pada Allah semoga suami berubah. Jika kita yakin dan ikhlas insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa kita.
..........................................


Semua manusia mempunyai azam tetapi untuk mencapai azam, mereka perlulah fokus terhadap apa yang diazamkan agar matlamat mereka akan tercapai. Maka setiap manusia menentukan kejayaan mereka senddiri dengan menguatkan fokus, dengan mengenalpasti erti hidup pada hari-hari yang kita lalui dan disiplin diri yang telah kita lakukan.

Jika setiap hari kita berjaya mencapai kejayaan kita tidak akan nampak bahawa kita tidak boleh berjaya. Tentukan setiap hari efektif dengan apa yang kita lakukan diniatkan kerana Allah dan mencari redhaNya.
Selamat bermujahadah ye semua.. ^^

Sunday, 27 January 2013

Ber HIKMAH lah Dengan Ibu Bapa..


Saya sering diajukan soalan oleh rakan-rakan di FB, kebanyakannya bertanya bagaimana cara terbaik untuk menegur apabila kedua ibu bapa melakukan kesalahan. NAk tegur, bimbang mereka terasa hati dan paling digeruni mendapat title "anak derhaka".. Nau'zubillahi minzalik..

Sahabat..
Islam itu agama yang terlalu indah buktinya jika mahu menegur kedua ibu bapa kita sekalipun diterangkan caranya..

Bagaimana?

1. Bagaimana cara untuk menegur kedua ibu bapa yang berbuat kesilapan kepada Allah?

Saya telah mendengar seorang ustaz telah mengatakan anak-anak tidak boleh menegur ibu bapa, jika teguran itu boleh menyebabkan berlakunya pergaduhan. Jadi cara pendekatannya ialah seorang anak itu haruslah menggunakan cara yang berhikmah. Jika ibu bapa melakukan kesilapan maka kita boleh menggunakan pendekatan halus seperti “mak, kawan saya telah melakukan sesuatu perkara, bagaimana, mak rasa betul atau tidak perbuatannya itu?” Dengan soalan itu, secara tidak langsung akan menyedarkan ibu kita yang turut melakukan kesalahan yang sama.


2. Bagaimana cara untuk bersabar dengan ragam dan karenah ibu bapa agar tidak digelar anak yang derhaka di dunia dan di akhirat?

Pandanglah ibu bapa dengan penuh kasih sayang dan simpati. Lihatlah album pada waktu kecil kita sekiranya ada. Cuba kenangkan kembali saat di mana ibu bapa kita mula-mula membeli mainan untuk kita, cuba bayangkan pada masa dulu kita tidak mempunyai apa-apa.

Penyakit fizikal boleh diwarat dengan merujuk kepada doktor tapi penyakit hati bukan senang untuk dirawat seperti sakit fizikal. Apabila melihat orang yang kurang elok perangainya pada pandangan mata kita, kita mungkin boleh menganggap dia mempunyai penyakit hati.

Bagaimana cara kita bersimpati pada orang yang sakit fizikal ialah kita akan melawat, beri buah tangan dan sebagainya. Apabila berjumpa dengan orang yang mempunyai sakit dalaman maka kasihanilah dia dengan berdoa pada Allah semoga dia berubah. Pada masa yang sama berusahalah untuk membuka mata hati dan jiwa mereka dengan memberi contoh yang baik.

P/s : Moga sedikit perkongsian diatas dapat membantu kita sebagai seorang anak dalam menegur kedua ibu bapa secara berhikmah tanpa mengguris sedikit pun hati mereka.. InsyaAllah.. ^^