Wednesday 20 February 2013

Amanah Seorang Wartawan "Islam"

Assalamualaikum w.b.t..

Seinfinity syukur dirafakkan kepada Allah swt di atas nikmat Iman dan Islam yang telah diberikan pada diri. Ternyata ianya adalah anugerah yang amat bermakna buat seorang hamba Allah yang langsung tidak punyai apa-apa. Tidak lupa juga selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah saw dan para sahabat baginda.

Memegang title seorang wartawan "Muslim" ternyata bukan mudah seperti yang dilihat dengan mata kasar seseorang. Apabila sudah membuat keputusan untuk "terjun" ke dalam dunia kewartawanan, bermakna sudah mempersiapkan diri serapi mungkin dari segi fizikal dan mental. Tapi yang paling dan teramat-amat penting ialah persiapan IMAN dalam jiwa. Jujur saya katakan, jika tidak teguh iman dalam diri, tiada bezalah  wartawan tersebut dengan wartawan-wartawan lain yang hanya memikirkan tentang DUNIA semata-mata. 

Tak kiralah sama ada wartawan penyiaran atau media cetak sekalipun. Kita semua sudah maklum dan memang tahu bukan bagaimana selok-belok dunia media di Malaysia ini. Mungkin tidak keterlaluan saya katakan 89% kotor. Saya pasti anda sendiri memahami apa yang saya maksudkan.

Mahu menjadi seorang wartawan yang sekadar mementingkan dunia dan hiburan memang mudah. Macam kacang je. Pergi jumpa astist, tulis berita. Haa Siaap. Nak sedapkankan lagi berita tersebut, tambah lah gosip-gosip sikit. Memang mudahlah, apa yang perlu dia kisahkan sama ada apa yang dia tulis tu betul atau tidak. Yang penting majalah atau akhbarnya ranking naik meletop. Apa dia peduli dosa atau pahala. Tapi dia tak tahu sebenarnya setiap perkataan yang dia tulis membawa impak yang terlalu besar pada dirinya. Setiap apa yang ditulis bermain dengan dosa dan pahala. Mudah bukan untuk menjadi wartawan hiburan semata-mata?

Betapa besar sebenarnya tugas seorang wartawan Muslim. Melaluinya, sesuatu maklumat itu akan sampai kepada masyarakat. Apa yang ditulisnya akan menjadi hidangan dan tatapan masayarakat. Mungkin beratus ribu yang membaca tulisannya. Besar ganjaran buatnya jika apa yang disampaikannya adalah bahan ilmu yang boleh menjadi dakwah kepada masyarakat. Namun apa pula yang akan terjadi sekiranya sebaliknya yang berlaku? 

Jika setiap maklumat yang ditulisnya adalah tidak benar, berbaur umpatan, yang boleh menyentuh sesnsitiviti sesuatu kaum dan yang paling bahaya jika maklumat berkaitan agama yang disampaikkan adalah salah. Boleh anda bayangkan apa yang bakal terjadi? Hanya disebabkan 1 artikel, masyarakat boleh berpecah belah, negara boleh menjadi huru-hara dan agama boleh "musnah".

"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum, tanpa mengetahui keadaannya, yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu."
 [al-Hujurat : 6]

Etika kewartawanan Islam pula berbeza dengan etika kewartawanan barat yang mengutamakan kebebasan tanpa batasan dalam semua perkara. Seorang wartawan Islam perlu sedar dia adalah seorang pelapor yang merakamkan kejadian sebenar seperti lensa kamera. Wartawan Islam dibatasi dengan hukum-hukum syariat halal-haram. 

Seorang wartawan Islam itu sekaligus seorang pendakwah. Lembut lidah pendakwah dalam menyampaikan risalah Allah,lembutlah bahasa wartawan. Tinggi hemah ulama?, tinggilah hemah wartawan. Tajam pandangan ulama?, tajamlah pandangan wartawan. Keras ulama? mencegah kemungkaran, begitulah sikap wartawan. Wartawan juga perlu menjawab segala kebohongan yang dilemparkan terhadap Islam.

Berikut adalah sebahagian dari etika kewartawanan Islam:

1. Betulkan niat iaitu bekerja semata-mata untuk mencari keredaan Allah.

2. Memulakan setiap kerja dengam Bismillah dan apabila selesai mengucap Alhamdulullah.

3. Berada di medan penulisan kerana melaksanakan kewajipan aradi dan fardhu kifayah.

4. Kekalkan pendirian menulis hanya atas dasar kejujuran.

5. Bercita-cita menegakkan yang makruf dan mencegah/ menentang kemungkaran.

6. Melaksanakan Islam dalam diri, keluarga, masyarakat, negara dan dunia dengan mengambilkira hukum wajib, sunat, harus, makruh dan haram.Membenci dan meninggalkan perkara yang haram dan makruh.

7. Menimba ilmu Islam melalui pengajian (berguru) disamping pembacaan dan pemerhatian.


Ingatlah! Pena adalah pedang jihad bukan senjata yang memuntahkan peluru-peluru fitnah, tohmahan dan seumpamanya.Sentiasa menimbang dengan dosa dan pahala sebelum melakukan penulisan.






No comments: