Wednesday 20 February 2013

Amah Indonesia (Menebar Bayi) Di Penjara 20 Tahun



Amah warga Indonesia dijatuhi hukuman penjara selama 20 tahun oleh Makhamah Sesyen Kuantan selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan menghempas dan menganiaya bayi berusia empat bulan Jumaat lepas. Dia dipenjara 15 tahun untuk tuduhan pertama dan lima tahun untuk tuduhan kedua yang menyebabkan dia dipenjara selama 20 tahun.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa menghempas dan melambung Mohamed Hareez Mohamed Zamri sebanyak sembilan kali yang boleh mendatangkan kematian kepada mangsa. Bagi tuduhan kedua pula, pada tempat dan masa yang sama, dia didakwa menganiaya Mohamed Hareez dengan tujuan mendatangkan kecederaan yang boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Wajah comel Mohamed Harrez.

Hakim Mohd Azhar Othman memutuskan hukuman itu memandangkan kesalahan yang dilakukan Yuliana, 23, amat serius dan mendatangkan kesan besar bukan sahaja kepada keluarga mangsa tetapi masyarakat di seluruh dunia. 

“Perbuatan kamu telah menyebabkan masyarakat menjadi takut dan tidak tenteram apabila meninggalkan anak kepada pembantu rumah. Mahkamah berpendapat hukuman ini setimpal dan dapat memberi pengajaran kepada kamu dan masyarakat,”katanya.

Tertuduh menitiskan air mata ketika diminta untuk mengemukakan rayuan hukuman dan ayat yang keluar dari mulutnya ialah : “Saya takut.” Yuliana berasal dari Sukarame, Acheh bekerja tidak sampai sehari sebagai pembantu rumah dengan keluarga mangsa.

Namun, bagi segelintir masyarakat di luar sana tetap tidak berpuas hati dengan hukuman yang dikenakan oleh pihak mahkamah.


Kita harus ingat 20 tahun itu hanyalah hukuman di dunia, yang lain kita serahkan pada Allah SWT. Jika dia dihukum sebat sekalipun, belum tentu wanita ini akan bertaubat atas perbuatannya. Jadikan insiden ini sebagai satu pengajaran dan iktibar buat semua supaya lebih berhati-hati dan lebih prihatin terhadap apa yang berlaku disekeliling kita.

No comments: