Thursday 4 April 2013

ORANG AGAMA VS ORANG BERAGAMA

"Orang agama" atau ustaz, dilihat sebagai orang yang mampu membimbing manusia kejalan yang benar. Persoalannya adakah mereka orang agama yg beragama? Bukan niat dihati ingin menjatuhkan maruah ustaz dan ustazah, tapi terkilan apabila melihat segolongan manusia yang diberi kepercayaan untuk membimbing, mengambil kesempatan atas kepercayaan tersebut.

Lantas, siapa lag...i yg boleh dipercayai apabila golongan "orang agama" sendiri sudah menunjukkan teladan yang tidak baik?? Kadang-kadang, hati ini dilanda runsing, kepercayaan yang sebenarnya adalah amanah Allah tetapi telah disalahgunakan untuk kepentingan diri dan ada juga "orang agama" yang layak digelar "syaitan bisu"(menyembunyikan perkara yg sebenar) sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w

Sekali lagi hati ini disentap apabila melihat beberapa orang rakan yang belajar dalam jurusan agama, tetapi berseluar pendek seperti seorang peninju. Hilang thiqah (kepercayaan) mereka yang bakal bergelar "orang agama".

"Alah,member-member je...laki semua , bukan perempuan ada"
Adakah alasan ini mampu diterima oleh akal yang mengatakan mereka bakal menjadi "orang agama"?

Usaha membaiki diri, bukanlah satu suratan (destiny) tetapi ia adalah satu kembara (journey) yang berterusan. Golongan seperti ini, haruslah berubah, memperbaiki diri adalah satu nafas perjuangan yang panjang.

"Aku tau,kau je yang baik..yang berseluar pendek macam aku ni, tak baik.." keluh seorang teman..
Perlakuan kita sebenarnya melambangkan hati kita..

Sabda Rasulullah s.a.w "Dalam badan kita,ada seketul daging..jika baik daging itu,maka baiklah seluruhnya, jika buruk daging itu,maka buruklah seluruhnya"
Pepatah inggeris menyatakan..

“It’s not how good you are, it’s how good you want to be.” - soalnya bukan sejauh mana kebaikan awak, tapi sejauh mana keinginan awak untuk menjadi baik!

Bagaimana pula dengan orang yg beragama? Orang beragama adalah mereka yg sentiasa mengambil berat tentang sesuatu kerana ia melibatkan "Hablu minnAllah" dan juga "Hablu minnanas"...

Tidak salah untuk kita bergelar seorang doktor, arkitek, lawyer, ahli perniagaan, dan apa jua jawatan professional sekalipun, tapi jadilah "mukmin professional yang beragama"..itu lebih baik dari menjadi "orang agama" pada zahirnya ,namun batinnya "tidak".

Jadi,yang manakah pilihan anda? Adakah anda mahu menjadi "orang agama" yang beragama atau orang biasa yg beragama?

Jadilah apa sahaja hendaknya, tapi jgn lupa yg kita adalah manusia yg "beragama"...

“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)…”(Surah Aali ‘Imran 3: 110)

Nah!! Inilah bukti bahawa kita adalah sebaik2 umat. Tidak timbul soal "saya bukan pelajar aliran agama dullu".."saya bukan sekolah agama"..

Ubahlah sikap anda. Kerap kali sikap kita yang sebenarnya menjatuhkan kita sendiri.

"If you fail to plan,you plan to fail."

Jadilah seorang muslim yg beragama. Muslim sejati yg membuat sesuatu pekerjaan kerana Allah dan mengharapkan redhaNya.

Sesungguhnya,kita adalah sebaik-baik umat...Jadilah orang Islam yang beragama..insya-Allah,hidup akn diberkati dan diredhai..

Imam Ghazali pernah bekata: Sekiranya kita hendak tahu kedudukan kita disisi Allah,lihatlah kedudukan Allah disisi kita..

WALLAHU'LAM..

Sunday 17 March 2013

Supermom Palestin: UMMU NIDHAL

Kenali Supermom Palestin: Ummu Nidhal


Ummu Nidhal atau dikenali juga sebagai Khansa' Palestin adalah seorang 'ibu hebat' yang telah menyerahkan kesemua 4 anaknya untuk menentang tentera Zionis. Tiga daripada empat anaknya telah syahid bertemu dengan Allah swt. Manakala seorang lagi daripada anaknya masih lagi didalam tahanan Israel.

Ummu Nidhal tidak terkejut menerima berita kematian anak anaknya bahkan beliau bersedia menyerahkan semua anak-anaknya untuk mati syahid. Beliau pernah berkata ketika diwawancara oleh pemberita tentang pemergian anaknya,

"Anak saya telah syahid. Dia yang akan menolong saya dengan kesyahidannya. Sesiapa yang menyayangi anak-anaknya berikanlah sesuatu yang paling berharga semampunya kepada anakmu. Dan perkara paling berharga yang boleh diberikan ialah syurga".

Baca dan hayatilah kata-kata ibu Mujahid ini yang telah mempersembahkan kesemua anaknya kepada Allah S.W.T serta menanti saat dan detik untuk beliau sendiri bertemu dan berkumpul bersama anak-anaknya di syurga yang tertinggi!

Antara perkataan yang sering diungkapkan oleh Ummu Nidhal adalah:

"Kematian adalah suatu perkara yang menyedihkan, tetapi jangan bimbang kerana bertemu dengan Allah, adalah suatu kegembiraan yang tidak dapat digambarkan (mengatasi perasaan sedih tersebut)".

"Ketika anakku yang sulung, As-Syahid Muhammad Fathi Farhat mencecah usia enam tahun, saya telah katakan kepadanya; Ibu mahu kamu berperang melawan Israel dengan senjata, bukan dengan batu."
Tanpa sedikitpun keraguan serta kebimbangan dalam hati saat itu beliau mengarahkan anak ke medan juang demi mengusir penjajah. Kerana saya yakin apa yang saya ungkapkan itu adalah demi kebaikan untuk anak-anak saya."

"Tiada khabar yang paling mengembirakan buat saya, apabila puteraku mula menyampaikan berita bahawa dia telah bergabung bersama Briged Al Qassam, sayap pejuang Hamas, dan sedang bersiap sedia menyongsong amanah syahid dalam sebuah medan peperangan. Allah telah mengabulkan hasrat dan cita-cita saya."

Saat perpisahannya dengan putera sulungnya, Farhat, dia dan anaknya itu saling berpelukan kemudian berkata, "Ibu tidak dapat membendung air mata, tetapi jangan percaya dengan air mata ibu ini nak, Ini adalah air mata bangga menjelang hari pertemuanmu dengan bidadari. Pergilah menemui Rabb-Mu dan berjihadlah. Tetaplah hatimu thabatlah, kekallah seperti itu sampai engkau bertemu Allah Taala."
Begitu kuat, cekal serta tabah hati ibu ini. Semoga semua ibu-ibu dan kaum wanita khususnya di luar sana dapat mengambil iktibar dalam melahirkan dan mendidik seramai mungkin generasi Mujahid yang bakal meletakkan Islam ini ke tempat yg tertinggi satu hari nanti!

"Wahai ibuku, relakanlah perjuangan anakmu.."

Wednesday 27 February 2013

Pertama kali ke Pusat Karaoke sepanjang hidup..

Assalamualaikum wbt..

Syukur.. masih diberi nikmat nyawa untuk menghirup udara di sekeliling.. Tanpa nikmat itu, mana mungkin saya dan sahabat semua mampu berpijak lagi di sfera bumi ini.

Tidak lupa juga selawat dan salam kepada Rasulullah SAW dan para sahabat baginda..

Selasa, 26 Februari 2013.
Memang tarikh yang saya tida akan lupakan sampai bila-bila melainkan Allah mencabut ingatan saya..

Pertama kalinya seumur hidup saya, inilah kali pertama saya menjejakkan kaki ke Pusat Karaoke.

Mesti korang semua dah fikir bukan-bukan kan? Hehe..

Ok macam ni ceritanya.. Let me story 1st before all of you make conclusion.. ^^

Sebenarnya saya bukan suka-suka pergi pusat karaoke tu tanpa sebab. Apatah lagi untuk menyanyi kan.. Kelakar dan gerun bunyinya.. Semalam ada pelancaran Album terbaru Kumpulan nasyid WILDAN. Pelancarannya di buat dekat situ.

Bila faks jemputan untuk media sampai di meja saya, terkejut juga saya. Ehh pelancaran album nasyid buat dekat pusat karaoke?

Atas arahan editor, saya yang ditugaskan untuk cover event tu. Mulanya cuak jugak. Tapi why not kan? Takkan lah dakwah itu hanya boleh disampaikan di masjid-masjid saja? Betul tak?

Saya hanya berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku. Tapi dalam hati nih takut juga sebenarnya. Macam-macam yang menari-nari dalam kepala otak ni. Bagi saya, ini adalah pengalaman dan UJIAN buat saya. Allah Maha tahu kan apa yg terbaik buat hamba-NYA..

Pusat Karaoke Neways tu di Time Square. Saya hanya berdua bersama fotografer. Fotografer tu perempuan ok Kak Anis namanya. ^^ Itu yang buat saya lagi suka bekerja di situ sebab fotografernya wanita. SELAMAT..

Sepatutnya event tu start pukul 3 tapi kami sampai dah pukul 3.40 petang dah. Semalam jalan memang jam. Aduhai.. Saya ni dah berdebar-debar bila tengok jam dah pukul 3.30 tapi masih "bersantai" dalam jam. Kak Anis kata, rilekss syu.. Tenanggg.. Tak ada apa pun, biasanya kalau event yang melibatkan press ni memang start lambat punya. Sebab nak tunggu semua wartawan datang." Saya hanya tersenyum dan cuba bawa bertenang.

"Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah! Dengan 'zikrullah' itu,hati akan menjadi tenang." Ar-Rad : 28

Saya cuba berzikir menteramkan hati.

Alhamdulillah dah sampai ke Time Square. Cari parking semua full. Ajaib, hari bekerja pun parking lot boleh full eh. Akhirrnyaaaa.. Pusing punya pusing. Basement 3 juga menjadi pilihan. 

Sudah lah lewat, cari pusat karaoke tu pulak tak jumpa-jumpa. Sehingga terpaksa bertanya orang. Akhirnya nampak signboard Neways Karaoke. 

Saya memandang Kak Anis dan kami sama-sama memandang. Saya tanyya dia. "Eh kak betul ke tempat ni. Macam salah tempat je. Tapi adress betul dah."

Kak Anis pun begitu. Dan yang paling buat saya cuak. Semua orang dekat situ tengok saya atas bawah. Haissh depa ni. Buat tak tahu sudah lah. Macam nampak UFO baru turun dari langit. Tapi saya tak salah mereka. Iyalah dengan imej saya begini, buat apa ke tempat begitu. Dan ini bukanlah kali pertama saya berhadapan dengan situasi begini. ^^

Lepas ambil "press kitt" kami terus masuk. Press kitt tu apa? Press kitt tu goodies bag lah untuk media. 
MashaAllah. Lorong nak masuk ke dalam tu memang agak "menggerunkan" saya. Keadaannya gelap dan hanya lampu yang colourfull di pasang. Haisshhh..

Bila saya sampai je kat bilik tu, Ustaz Sohibullah tengah berucap. Dalam "box" tu dah penuh dengan wartawan-wartawan lain. Allah, dah tak ada tempat dan ruang saya nak mencelah masuk. Dan, 80% wartawan dan orang dalam box tu adalah kaum yang berlawanan jantina dengan saya.

Saya hanya berdiri di luar pintu dulu. Tiba-tiba ada seorang lelaki lengkap berkot datang menghampiri saya. Gaya persis seorang ustaz. Saya macam pernah lihat dia tapi entahlah.

"Dari mana ni?" Sambil merenung pass media saya.

Saya cepat-cepat pusingkan pass media itu ke belakang. Majalah ANIS. Senyum.

"Ohh yeke.. Patut lah." Senyum

Saya tak faham sangat apa yang dimaksudkannya dengan "OH PATUTLAH" tu..

"Saya dulu pernah menulis dalam ANIS. Ruangan Nasyid."

Saya hanya mengangguk dan senyum saja.

"Ini phone no saya. Ada apa-apa boleh call. Anytime. Jangan segan-segan."

Terkejut. Senyum dan mengangguk. 

Fotografer saya datang. "Kenapa Farhana? Ok ke?"

"Ok je tapi sape tadi tu ye kak?

"Laa.. Tu lah ahli kumpulan Wildan"

"Laa ye kee." Saya hanya terseyum.. ^^

Saya disuruh masuk oleh Saudara Zaidi Wildan. Mulanya tak mahu tapi macam mana nak ambil berita kalau tak masuk.
Macam apa yang saya jangka, semua mata di dalam tu tertumpu ke arah saya. Seolah menikam. Aduhaii.. Saya buat tak tahu aja..

Wildan menyanyikan lagu baru mereka. Bagi saya sangat sedap. Album terbaru mereka berjudul SEDEKAD : Usah BErpaling Lagi. Lepas habis persembahan. Tiba sesi Press Conference. Semua wartawan tidak melepaskan peluang bertanya. Tapi lain pula dengan saya yang lebih mmilih untuk diam saja. ^^

Bila dah selesai saya cepat keluar dan tak sabar nak balik. 

Kak Anis tanya dah nak balik dah ke? awalnyaa..

Jom cepat kakk.. Kita jalaann...

LEGA

Sampai ofiss dalam pukul 5.40 petang dan sempat juga join usrah fitrah di ofiss..

Alhamdulillah.. Allah perudahkan urusan untuk hari ini.. 

Sunday 24 February 2013

Ikhwan Permata Agama..

“ Seorang ikhwan yang baik akan menawarkan dirinya secara baik-baik juga. Tidak akan melakukan hal-hal yang sekiranya dapat melukai hati seorang akhwat dan mendatangkan murka ALLAH. Bukan dengan cara-cara yang tercela dan dilarang oleh syariat Islam yang mulia. Kerana ikhwan baik-baik, tahu bagaimana harus memperlakukan seorang akhwat.

Dan ikhwan yang baik-baik akan sangat berhati-hati dalam membawa hati serta memikat hati, kerana ketakutannya dengan murka ALLAH. Dan ALLAH memuji orang-orang yang takut di dalam kitab-Nya dan menyanjung mereka.

Sesungguhnya ikhwan baik-baik yang menjaga Allah dalam setiap hembusan nafasnya, akan memiliki tiga elemen iaitu Mahabbah (Cinta), Khauf (Takut) dan Roja’ (Harap) didalam hatinya.

Mereka tidak mengedepankan hawa nafsu dan syaitan. Mereka memiliki visi dan misi untuk selalu memperoleh redha Allah Ta’ala, dengan mencari kebenaran yang tak henti-hentinya dan sentiasa ada taubat di setiap hembusan nafasnya.

Dia (mungkin) tidak pernah mengikuti sekolah pondok atau maahad, tapi memiliki keinginan untuk sentiasa bertaubat dan memperbaiki diri dengan menundukkan akalnya kepada Kitabullah dan Sunnah Rasulullah.

Muslimah..

Jika engkau menginginkan ikhwan baik-baik untuk "mengkhitbahmu", kamu harus tanya diri kamu, “ Apakah diri ini sudah menjadi akhwat baik-baik?

Thursday 21 February 2013

Kolej Restu Lahirkan Penyalin Mushaf al-Quran

TUGAS menyalin mushaf al-Quran bukan mudah dan bukan calang-calang orang yang boleh melakukannya kerana penyalin al-Quran biasanya terdiri daripada para hafiz yang menyalin al-Quran berdasarkan hafazan mereka dan mahir dengan seni khat dan jawi.

Namun banyak al-Quran yang disalin dahulu tidak dapat dicetak kerana beberapa masalah dan lama-kelamaan bidang penyalinan mushaf al-Quran semakin kurang diberi perhatian.

Bimbang dengan perkembangan itu, Yayasan Restu, sebuah organisasi yang telah 14 tahun terlibat dalam penyalinan manuskrip al-Quran di negara ini menawarkan kepakarannya untuk memastikan bidang penyalinan mushaf al-Quran terus hidup melalui penubuhan Kolej Restu.

Dengan menawarkan kursus kesenian Islam di peringkat sijil, kolej yang didaftar sebagai institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dan terletak di Kompleks Taman Seni Islam Selangor, Shah Alam ini telah berjaya melahirkan lebih 300 pelajar yang mahir dalam bidang kesenian Islam termasuk penyalinan al-Quran.

Luar Dugaan 

Kini Kolej Restu semakin berkembang serta sedang dalam persediaan untuk mewujudkan program-program pengajian di tahap yang lebih tinggi dan usaha tersebut telah menarik minat negara-negara luar untuk menghantar pelajar mereka mendalami ilmu kesenian Islam di Kolej Restu.

Sambutan yang di luar dugaan itu membuka ruang kepada Kolej Restu untuk merintis peluang menjadi tempat tumpuan pengajian khusus dalam bidang kesenian Islam di peringkat antarabangsa.

Menurut Pengerusi Yayasan Restu, Datuk Abdul Latiff Mirasa, memang banyak pihak yang inginkan kepakaran dalam kesenian Islam ini terutama dalam penyalinan mushaf al-Quran untuk diturunkan kepada generasi akan datang bagi memastikan ia tidak hilang ditelan zaman.

Oleh itu, Kolej Restu telah berusaha melahirkan penyalin mushaf melalui pendidikan dalam bidang seni khat dan seni zukhruf (seni menghias al-Quran) secara sistematik, ilmiah dan komprehensif melalui kursus-kursus yang ditawarkan.

“Kita telah mengambil banyak pelajar-pelajar tempatan dan setelah tamat pengajian ada di antara mereka yang bekerja di bidang seni hiasan dalaman, pejabat agama, guru agama dan ada yang kembali bertugas di Yayasan Restu sebagai penyalin mushaf al-Quran.

“Kita juga telah menandatangani memorandum persefahaman dengan Universiti Sains Malaysia, Melaka, Terengganu dan Bauchi, Nigeria untuk program pengambilan pelajar dari dalam dan luar negara,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Tambah beliau, pada tahun lalu, Kolej Restu telah memberi kursus singkat kepada mereka yang berminat dalam Kursus Kemahiran Seni Khat dan Kraf dan seramai 21 pelajar termasuk dari Aceh, Indonesia telah menerima sijil tamat kursus daripada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed pada 9 Ogos lalu.

Mustapa pada majlis yang sama turut merasmikan Program Pengambilan Pelajar Luar Negara selain menyaksikan usaha penyalinan manuskrip mushaf al-Quran beriluminasi penuh terpanjang iaitu kira-kira 210 meter yang dijangka siap pada Ramadan ini.

Sehingga hari ini Kolej Restu telah menerima 20 pelajar dari Nigeria, lima pelajar dari Acheh dan sedang menunggu pendaftaran pelajar baru dari Singapura, Brunei dan Kazakhtan.

Sementara itu, beberapa pelajar luar negara yang sedang mengikuti pengajian di Kolej Restu melahirkan rasa gembira kerana dapat mempelajari ilmu kesenian Islam yang sukar diperoleh di tempat kelahiran mereka.

Osman Yusuf, 22, yang sebelum ini merupakan pelajar jurusan Teknologi Maklumat di Universiti Ahmad Bello, Zaria, Nigeria berkata, beliau sudah dua bulan belajar ilmu kesenian Islam dalam bidang reka bentuk dan hiasan dalaman berkonsepkan Islam di Kolej Restu.

Rakyat Nigeria yang fasih berbahasa Arab ini melahirkan rasa senang menuntut di sini kerana corak pembelajaran dan bahasa pengantarnya yang mudah difahami.

Ariffin Ramli, 19, yang merupakan bekas guru agama di Aceh berkata, beliau mengikuti Kursus Seni Khat dan Kraf selama tujuh bulan di Kolej Restu.

Pelajar tajaan Yayasan Restu ini memberitahu, beliau rasa bertuah kerana dapat belajar dengan tajaan di Malaysia kerana keluarganya kurang berkemampuan.

“"Sebelum ini saya mengajar agama di Pondok Pasantren Babun Najah dan selepas tamat kursus, saya berharap dapat menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi agar dapat menyalurkan ilmu yang saya pelajari di pondok selepas tamat nanti,”" katanya.



Sumber UTUSAN online

......................

Saya sangat-sangat tertarik dan jatuh hati dengan program yang dianjurkan oleh Kolej Restu ni.

Actualy minggu depan saya ada assigment untuk interview pengasas Yayasan Restu, Dato' Abdul Latif Mirassa. Tak sabar rasanya nak tengok depan-depan cara mereka tulis sendiri ayat-ayat Quran guna tangan. Manual tau bukannya komputer. Hebat betul mereka ni.

Moga dipermudahkan. Mohon doa sahabat-sahabat ya.. ^^

Wednesday 20 February 2013

Wartawan Islam : Sampaikan Berita Benar dan Adil

INDUSTRI pemberitaan dunia hari ini sudah sekian lama tersasar daripada kebenaran apabila dimonopoli kuasa besar yang kebanyakannya dimiliki tokoh Yahudi. Apabila Yahudi menguasai media, sudah pasti berita diterima masyarakat hanya yang baik berhubung rejim Zionis.

Lihat saja siapa di belakang media antarabangsa seperti CNN, CNBC, FOX, REUTERS, BBC dan lain-lain yang sama ada secara langsung atau tidak langsung pasti berkaitan dengan rejim Zionis.

Disebabkan itu, berita kesengsaraan warga Palestin dan kekejaman Israel tidak dihebahkan kepada masyarakat antarabangsa. Begitu juga kesengsaraan umat Islam di Somalia, Kenya, Sudan dan lain-lain.

Hari ini, sudah menjadi fardu kifayah kepada umat Islam untuk menjadi pembekal berita yang sebenar tanpa perlu bergantung kepada sumber asing ini. Peranan dimainkan al-Jazeera ketika peristiwa 11 September dan Perang Amerika-Iraq pada 2003 memberi pukulan teruk kepada media asing yang berpengaruh itu.

Ia sepatutnya dicontohi agensi media tempatan negara kita untuk menjadi pembekal berita setanding al-Jazeera dan media besar lain. Sampai bilakah umat Islam harus bergantung sumber berita media besar bukan Islam ini?

Masyarakat Islam hari ini mendambakan berita yang benar dan siapakah yang diharapkan berpegang teguh kepada kebenaran melainkan berita daripada orang Islam sendiri. Mana-mana wartawan berjuang dengan ikhlas mencari berita yang benar dan menyampaikan kebenaran itu kepada masyarakat sebenarnya menjalankan tugas murni di sisi Islam.

Itulah etika kewartawanan Islami yang semakin tidak dihayati sebahagian pengamal media hari ini, bahkan dalam kalangan pengamal media beragama Islam sendiri. Selama mana kita tidak berpegang kepada etika kewartawanan Islami, selama itulah kita tidak mampu pergi jauh dan menjadi sumber berita yang mempunyai kredibiliti serta diterima ramai. 

Islam begitu mementingkan kebenaran bukan saja dalam laporan pemberitaan bahkan dalam segenap aspek kehidupan kita. Contohnya, pada sifat Rasullulah SAW yang terkenal ‘al-Siddiq’ yang membawa maksud benar dalam tutur kata dan tingkah laku.

Kebenaran adalah isu pokok dalam ajaran Islam, bahkan Islam menggesa umatnya bercakap benar walaupun pahit terutama apabila kebenaran itu ada ketikanya kena batang tubuh sendiri yang menuturkannya.

Berapa ramai sahabat dan salafussoleh yang apabila ditegur mengakui kesilapannya kerana kuatnya mereka berpegang pada prinsip kebenaran.

Diriwayatkan oleh Jabir, Baginda SAW menyebut yang mafhumnya: “Tiada sedekah yang lebih dicintai Allah daripada bercakap benar.” (Hadis riwayat Baihaqi)

Sumber Berita Harian

Amanah Seorang Wartawan "Islam"

Assalamualaikum w.b.t..

Seinfinity syukur dirafakkan kepada Allah swt di atas nikmat Iman dan Islam yang telah diberikan pada diri. Ternyata ianya adalah anugerah yang amat bermakna buat seorang hamba Allah yang langsung tidak punyai apa-apa. Tidak lupa juga selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah saw dan para sahabat baginda.

Memegang title seorang wartawan "Muslim" ternyata bukan mudah seperti yang dilihat dengan mata kasar seseorang. Apabila sudah membuat keputusan untuk "terjun" ke dalam dunia kewartawanan, bermakna sudah mempersiapkan diri serapi mungkin dari segi fizikal dan mental. Tapi yang paling dan teramat-amat penting ialah persiapan IMAN dalam jiwa. Jujur saya katakan, jika tidak teguh iman dalam diri, tiada bezalah  wartawan tersebut dengan wartawan-wartawan lain yang hanya memikirkan tentang DUNIA semata-mata. 

Tak kiralah sama ada wartawan penyiaran atau media cetak sekalipun. Kita semua sudah maklum dan memang tahu bukan bagaimana selok-belok dunia media di Malaysia ini. Mungkin tidak keterlaluan saya katakan 89% kotor. Saya pasti anda sendiri memahami apa yang saya maksudkan.

Mahu menjadi seorang wartawan yang sekadar mementingkan dunia dan hiburan memang mudah. Macam kacang je. Pergi jumpa astist, tulis berita. Haa Siaap. Nak sedapkankan lagi berita tersebut, tambah lah gosip-gosip sikit. Memang mudahlah, apa yang perlu dia kisahkan sama ada apa yang dia tulis tu betul atau tidak. Yang penting majalah atau akhbarnya ranking naik meletop. Apa dia peduli dosa atau pahala. Tapi dia tak tahu sebenarnya setiap perkataan yang dia tulis membawa impak yang terlalu besar pada dirinya. Setiap apa yang ditulis bermain dengan dosa dan pahala. Mudah bukan untuk menjadi wartawan hiburan semata-mata?

Betapa besar sebenarnya tugas seorang wartawan Muslim. Melaluinya, sesuatu maklumat itu akan sampai kepada masyarakat. Apa yang ditulisnya akan menjadi hidangan dan tatapan masayarakat. Mungkin beratus ribu yang membaca tulisannya. Besar ganjaran buatnya jika apa yang disampaikannya adalah bahan ilmu yang boleh menjadi dakwah kepada masyarakat. Namun apa pula yang akan terjadi sekiranya sebaliknya yang berlaku? 

Jika setiap maklumat yang ditulisnya adalah tidak benar, berbaur umpatan, yang boleh menyentuh sesnsitiviti sesuatu kaum dan yang paling bahaya jika maklumat berkaitan agama yang disampaikkan adalah salah. Boleh anda bayangkan apa yang bakal terjadi? Hanya disebabkan 1 artikel, masyarakat boleh berpecah belah, negara boleh menjadi huru-hara dan agama boleh "musnah".

"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum, tanpa mengetahui keadaannya, yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu."
 [al-Hujurat : 6]

Etika kewartawanan Islam pula berbeza dengan etika kewartawanan barat yang mengutamakan kebebasan tanpa batasan dalam semua perkara. Seorang wartawan Islam perlu sedar dia adalah seorang pelapor yang merakamkan kejadian sebenar seperti lensa kamera. Wartawan Islam dibatasi dengan hukum-hukum syariat halal-haram. 

Seorang wartawan Islam itu sekaligus seorang pendakwah. Lembut lidah pendakwah dalam menyampaikan risalah Allah,lembutlah bahasa wartawan. Tinggi hemah ulama?, tinggilah hemah wartawan. Tajam pandangan ulama?, tajamlah pandangan wartawan. Keras ulama? mencegah kemungkaran, begitulah sikap wartawan. Wartawan juga perlu menjawab segala kebohongan yang dilemparkan terhadap Islam.

Berikut adalah sebahagian dari etika kewartawanan Islam:

1. Betulkan niat iaitu bekerja semata-mata untuk mencari keredaan Allah.

2. Memulakan setiap kerja dengam Bismillah dan apabila selesai mengucap Alhamdulullah.

3. Berada di medan penulisan kerana melaksanakan kewajipan aradi dan fardhu kifayah.

4. Kekalkan pendirian menulis hanya atas dasar kejujuran.

5. Bercita-cita menegakkan yang makruf dan mencegah/ menentang kemungkaran.

6. Melaksanakan Islam dalam diri, keluarga, masyarakat, negara dan dunia dengan mengambilkira hukum wajib, sunat, harus, makruh dan haram.Membenci dan meninggalkan perkara yang haram dan makruh.

7. Menimba ilmu Islam melalui pengajian (berguru) disamping pembacaan dan pemerhatian.


Ingatlah! Pena adalah pedang jihad bukan senjata yang memuntahkan peluru-peluru fitnah, tohmahan dan seumpamanya.Sentiasa menimbang dengan dosa dan pahala sebelum melakukan penulisan.